10 Tanda Kekasih Anda Milik Orang
- Tidak memandang tepat ke wajah anda apabila berbual kerana si dia mungkin takut pembohongannya dikesan.
- Ketika anda dan si dia sedang berjalan2 dengan matanya melilau2 memerhatikan sekeliling. Ini mungkin kerana si dia khuatir akan terserempak dengan rakan2 atau saudara-mara kekasih atau isterinya.
- Si dia jarang mengajak anda makan di tempat orang ramai.
- Si dia sukar untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya. Dia mungkin menggunakan 2 atau lebih daripada 1 talian telefon.
- Anda tidak pernah tahu di mana dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya.
- Si dia yang telah berpunya juga tidak pernah atau tidak akan mengajak anda ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya.
- Pengetahuannya tentang wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdamping dengan ramai wanita.
- Bila telefonnya berbunyi, si dia akan beredar agak jauh dari anda kerana bimbang perbualannya akan anda dengari.
- Tahap kegatalannya juga agak melampau kerana dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya yang terdahulu dari anda. Sering saja dia cuba mengambil kesempatan ke atas diri anda dalam diam.
- Sukar hendak berjumpa dengannya kerana dia ada komitmen lain. Anda terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan jika nak keluar berdating.
1 comments:
Disiarkan pada hari Selasa 26 Oktober 2010.
Post a Comment