Tips Eratkan Hubungan Adik Beradik
- Setiap minggu lakukan aktiviti bersama2 seperti mencuci kereta, kemas rumah dan sebagainya.
- Andai ada masalah kongsikan bersama kakak, abang atau adik anda.
- Sentiasa ingat pada adik beradik ketika anda makan dan kalau perlu bawa balik makanan untuknya.
- Hari2 istimewa kakak, abang atau adik anda jangan sesekali dilupakan.
- Apabila cuti panjang, rancanglah 1 percutian bersama ahli keluarga.
- Anda ada perselisihan faham, berbincanglah cara baik.
- Sentiasa bertolak ansur dan tolong menolong.
- Jangan ada perasaan dengki atau tidak puas hati andai ibu bapa anda memberikan kasih sayang lebih kepada adik, kakak atau abang anda. Percayalah kasih sayang ibu bapa sentiasa adil.

1 comments:
Disiarkan pada hari Selasa, 30 Nov 2010.
Post a Comment