Wednesday, September 21, 2011

Isnin - 10 Oktober 2011

Tips Mengelakkan Perceraian
  • Cari orang tengah - Cari bantuan org ketiga sebagai org tengah untuk mengatasi masalah rumah tangga anda dan sebaiknya org tengah itu haruslah mereka yg dihormati seperti mertua, bapa saudara ataupun sahabat yg sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik daripada mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.
  • Tetap mesra - Kemesraan bukan sahaja sewaktu bercinta, malah berterusan hinggalah ke akhir hayat.
  • Pasrah kepada yg Maha Esa - Berhadapan dengan masalah rumah tangga, perasaan emosi memang membuak2. Berdoa dan pasrahkan diri kepada Maha Pencipta agar permasalahan dapat diatasi segera.

Isnin - 3 Oktober 2011

Tips Mengelakkan Perceraian



  • Jangan biasakan berbohong - Walaupun berbohong untuk kebaikan seperti mengelakkan pertengkaran atau menjaga hati isteri atau suami, perkara ini akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong kepada pasangan adalah perkara biasa. Berterus-teranglah kepada pasangan anda.
  • Jangan cemburu berlebihan - Cemburu tandanya sayang, tetapi cemburu berlebihan membawa keburukan terhadap rumah tangga. Cemburu biarlah bertempat.
  • Hindari kecurangan - Jika salah seorang bersikap curang, cari punca masalah, contohnya kesunyian, tidak merasakan kepuasan hubungan intim dan sebagainya & kemudian berusaha untuk mengatasi dan menghindarinya.

Isnin - 26 September 2011

Tips Mengelakkan Perceraian

  • Komunikasi 2 hala - Biasakan diri untuk saling berkomunikasi berdua baik ketika berada di rumah atau berjauhan. Jika ada masalah, bincangkan secara santai.
  • Keterbukaan tentang masalah hubungan intim - Hubungan intim, selain mendapatkan zuriat, ia juga adalah rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Sentiasa terbuka untuk berbincang untuk mencapai kepuasan kedua2 belah pihak.
  • Menerima pasangan seadanya - Sifat sebenar terserlah apabila telah mendirikan rumahtangga yg mungkin berbeza sewaktu bercinta. Belajar mengenali perbezaan masing2.

Tuesday, August 9, 2011

Isnin - 15 Ogos 2011

Tips Mengatasi Pujuk Rayu Lelaki

  • Budi baik yg ditunjukkan melalui perbuatan fizikal, pujukan mulut yg bermadah serta taburan harta yg melimpah ruah belum pasti dapat menjanjikan kebahagiaan yg berkekalana dalam perkahwinan
  • Lelaki yg bertanggungjawab tidak akan melakukan perkara yg dikeji kerana takutkan Tuhan dan sentiasa berhati2 dalam perbuatan dan perkataan agar tidak membawa kepada perhubungan yg merosakkan
  • Wanita yg bijak tidak akan sama sekali termakan pujuk rayu yg mengasyikkan. Sebaliknya, sentiasa meletakkan kepentingan agama dan adat ketimuran sebagai langkah memulakan kebaikan dalam kehidupan.

Monday, July 25, 2011

Isnin - 1 Ogos 2011

Tips Mengatasi Pujuk Rayu Lelaki

  • Apabila anda bercinta dengan apsangan anda, pastikan dia seorang yg mampu menjalankan tanggungjawab secara "gentleman", bukan sahaja di hadapan anda tetapi juga jujur di hadapan wali anda.
  • Perasaan sayang dan cinta adalah naluri yg dikurniakan Tuhan untuk anda gunakan dengan betul dan sesuai pada masa dan orangnya. Jangan dek kerana perasaan itu, anda kecundang sebelung berjuang.
  • Wanita yg berakal wras dan mempunyai jiwa yg kuat akan sentiasa meletakkan tanggungjawab terhadap agama dan ibu bapa sebagai satu keutamaan, JKika tidak, fikrikan untuk kepentingan masa depan.
  • Janji yg ditaburkan oleh golongan lelaki yg berselindung di sebalik mulut yg manis perlu diselidiki dengan baik dan memberikan

Monday, June 27, 2011

Isnin - 25 Julai 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Sanggup Menitiskan Air Mata

Segagah manapun seorang lelaki, ada waktunya dia turut menitiskan air mata. Tindakan tersebut bukan menunjukkan mereka lemah, tetapi mungkin pada ketika itu dia tidak mampu menahan kesedihan.

Isnin - 18 Julai 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Berusaha Merebut Kembali Pasangan

Seorang lelaki yg amat menyayangi pasangan atau kekasihnya akan menerima segala kekurangan mereka seadanya. Apabila pujaan hatinya itu curang di belakangnya, dia akan melakukan apa sahaja untuk merebut kembali kekasih hatinya itu. Ini kerana bagi diri lelaki itu, pasangannya itu adalah org yg paling dipercayai sehingga dia sanggup mengorbankan harta dan nyawanya sendiri.