Wednesday, January 20, 2010

Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?
Segala2nya menerusi hati!

  • Jangan resah dan gelisah - Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
  • Jangan sedih dan berasa derita - Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada Tuhan.
  • Jangan lemah dan malas - Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.
  • Jangan banyak berhutang - Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
  • Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung pada keredaan mereka.
Rasulullah SAW mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada 5 perkara tersebut ;

"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada rasa gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang."

Tuesday, January 19, 2010

Selemah2 manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari ~ Saidina Ali RA

Saidina Umar Al-Khattab RA berkata, "Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya... Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti akan menyertainya.. Sesiap yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya akan terjaga".

Orang yang suka berkata jujur akan mendapat 3 hal - kepercayaan, cinta dan rasa hormat ~ Saidina Ali RA.

Akal merupakan tempat berfikir pemberian Allah yagn paling berharga kepada manusia. Akallah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Menurut agama, jika tidak berfungsinya akal akan meyebabkan akal manusia itu beku dan tidak berfungsi dengan baik.

Abu Laith As-Samarqandy meriwayatkan dari Anas, Rasulullah SAW bersabda;
6 perkara ini, aku menjamin masuk syurga jika kamu menerimanya;

  • Jika berkata2 jangan bohong.
  • Jika berjanji jangan dimungkiri.
  • JIka diberikan kepercayaan jangan khianat.
  • Peliharalah mata dari hal2 yang haram.
  • Jagalaj kemaluan, janagan melakukan zina.
  • Peliharalah tangan jangan mengambil suatu yang haram.

Thursday, January 7, 2010

Kata Fudhai bin Iyad, ada 5 tanda kebahagiaan seseorang, iaitu;

  • Keyakinan dalam hati
  • Warak dalam beragama
  • Zuhud terhadap dunia
  • Malu jika melakukan maksiat
  • Takut kepada Allah
Manakala ada 5 tanda kecelakaan seseorang itu, iaitu;
  • Keras hati (tidak menerima nasihat & teguran)
  • Tidak mempunyai perasaan kasih sayang
  • Tidak merasa malu jika melanggar hukum Allah
  • Tamak dengan dunia
  • Panjang angan2

Tidak ada kebaikan bagi perbicaraan kecuali dengan amalan,
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawan,
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan,
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali dengan niat yang ikhlas,
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali dengan kesihatan dan keamanan...
-Al-Ahnaf bin Qais-

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...