Monday, June 27, 2011

Isnin - 25 Julai 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Sanggup Menitiskan Air Mata

Segagah manapun seorang lelaki, ada waktunya dia turut menitiskan air mata. Tindakan tersebut bukan menunjukkan mereka lemah, tetapi mungkin pada ketika itu dia tidak mampu menahan kesedihan.

Isnin - 18 Julai 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Berusaha Merebut Kembali Pasangan

Seorang lelaki yg amat menyayangi pasangan atau kekasihnya akan menerima segala kekurangan mereka seadanya. Apabila pujaan hatinya itu curang di belakangnya, dia akan melakukan apa sahaja untuk merebut kembali kekasih hatinya itu. Ini kerana bagi diri lelaki itu, pasangannya itu adalah org yg paling dipercayai sehingga dia sanggup mengorbankan harta dan nyawanya sendiri.

Isnin - 11 Julai 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Hilang Kepercayaan Jika Ditinggalkan

Jika kaum lelaki ditinggalkan pasangan, biasanya mereka tidak akan pernah percaya terhadap cinta yg diberikan oleh wanita lain selepas itu. Apa yg diharapkannya adalah pasangan atau kekasihnya kembali ke pangkuannya semula.

Isnin - 4 Julai 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Lelaki Suka Dimanja

Sama seperti wanita, lelaki juga sebenarnya suka dibelai dan dimanja. Mereka sebolehnya ingin meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan meskipun terpaksa mengorbankan waktu mereka sendiri. Bagi mereka, pasangan mereka adalah insan yg sangat istimewa.

Monday, June 20, 2011

Isnin - 27 Jun 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

Tidak Suka Pasangan Bertemu Lelaki Lain

Biasanya lelaki tidak suka jika pasangan atau kekasihnya bertemu lelaki lain. Ini kerana dia berasa cemburu dan sensitif jika pasangannya itu tidak memberikan perhatian kepadanya. Bukan apa, ada waktunya kaum lelaki bersikap seperti anak2 kecil yg inginkan perhatian lebih dari pasangannya.

Tuesday, June 7, 2011

Isnin - 13 Jun 2011

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

  • Sangat mencintai dan menyayangi pasangan -Setiap kata2 yg terucap pasti turut diselitkan dengan ungkapan bahawa dirinya amat mencintai dan menyayangi pasangannya sepenuh hati.
  • Berusaha mengawal perasaan - Disebabkan perasaan cemburu yg tidak dapat dikawal, lelaki sedaya upaya cuba mengawal pergaulan pasangannya supaya tidak mahu pasangannya berpaling daripadanya.
  • Takut kehilangan pasangan - Lelaki amat takut kehilangan pasangannya yg amat dikasihi. Sebagai langkah berjaga2, dia sering mengawal setiap gerak geri pasangannya. Baginya, apa yg dilakukannya itu mampu mengikat pasangannya supaya terus kekal bersamanya.