Wednesday, September 21, 2011

Isnin - 10 Oktober 2011

Tips Mengelakkan Perceraian
  • Cari orang tengah - Cari bantuan org ketiga sebagai org tengah untuk mengatasi masalah rumah tangga anda dan sebaiknya org tengah itu haruslah mereka yg dihormati seperti mertua, bapa saudara ataupun sahabat yg sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik daripada mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.
  • Tetap mesra - Kemesraan bukan sahaja sewaktu bercinta, malah berterusan hinggalah ke akhir hayat.
  • Pasrah kepada yg Maha Esa - Berhadapan dengan masalah rumah tangga, perasaan emosi memang membuak2. Berdoa dan pasrahkan diri kepada Maha Pencipta agar permasalahan dapat diatasi segera.

Isnin - 3 Oktober 2011

Tips Mengelakkan Perceraian



  • Jangan biasakan berbohong - Walaupun berbohong untuk kebaikan seperti mengelakkan pertengkaran atau menjaga hati isteri atau suami, perkara ini akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong kepada pasangan adalah perkara biasa. Berterus-teranglah kepada pasangan anda.
  • Jangan cemburu berlebihan - Cemburu tandanya sayang, tetapi cemburu berlebihan membawa keburukan terhadap rumah tangga. Cemburu biarlah bertempat.
  • Hindari kecurangan - Jika salah seorang bersikap curang, cari punca masalah, contohnya kesunyian, tidak merasakan kepuasan hubungan intim dan sebagainya & kemudian berusaha untuk mengatasi dan menghindarinya.

Isnin - 26 September 2011

Tips Mengelakkan Perceraian

  • Komunikasi 2 hala - Biasakan diri untuk saling berkomunikasi berdua baik ketika berada di rumah atau berjauhan. Jika ada masalah, bincangkan secara santai.
  • Keterbukaan tentang masalah hubungan intim - Hubungan intim, selain mendapatkan zuriat, ia juga adalah rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Sentiasa terbuka untuk berbincang untuk mencapai kepuasan kedua2 belah pihak.
  • Menerima pasangan seadanya - Sifat sebenar terserlah apabila telah mendirikan rumahtangga yg mungkin berbeza sewaktu bercinta. Belajar mengenali perbezaan masing2.