Wednesday, December 22, 2010

Rahsia Kasih Sayang Lelaki

  1. Melakukan sesuatu dengan rela - lelaki yang iklas akan melakukan sesuatu perkara dengan rela hati tanpa sebarang paksaan adakalanya sanggup mengabaikan kepentingan diri sendiri hanya untuk memastikan pasangannya gembira
  2. Sanggup berubah demi pasangan - cinta yang terlalu mendalam membuatkan lelaki sanggup menrubah sikat ke arah kebaikkan kerana tidak mahu melihat pasanganya bersedih
  3. Sangat mencintai dan menyayangi - setiap kata yang terucap pasti turu diselitkan dengan ungkapan bahawa dirinya amat mencintai pasanganya.
  4. takot kehilangan pasangan - lelaki yang benar-benar jatuh cinta akan berasa takut jika kehilangan pasangannya. dia akan mengawal setiap gerak geri pergaulan pasangan.

Monday, December 13, 2010

Fahami Wanita


  • Pertama kali lelaki yg dicintai oleh seorang wanita memberikan respon positif, contohnya menghubunginya melalui telefon, wanita ini akan bersikap acuh tak acuh seolah2 tidak berminat. Tetapi, sebaik gagang diletak, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita tersebut.
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi, jangan senyum sembarangan.
  • Jika anda menyukai seorang wanita, mulakan dgn persahabatan dan biarkan dia mangenali anda dgn lebih mendalam.
  • Jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda mengajak dia keluar, lupakan saja kerana dia memang tak berminat dgn anda.

Monday, November 29, 2010

Lelaki Paling Menarik Di Mata Wanita



  • Jika anda pandai membaca emosi wanita dan tahu cara mengendalikannya maka anda adalah lelaki yg sempurna di matanya.
  • Jika anda mampu menilai peribadi wanita berdasarkan mata hati, maka anda lelaki beruntung.
  • Lelaki yg memahami adalah lelaki yg tahu menjaga batasannya, bukan sahaja melibatkan maruah tetapi masa depan wanita itu sendiri.
  • Lelaki terbaik ialah lelaki yg jujur, berakhlak, tulen dan sejati.
  • Wanita akan terasa dihargai dan disayangi bila anda sentiasa menghubunginya.
  • Belajar mengenai keseluruhan kehidupannya.
  • Jangan sesekali mencemuh.
  • Takluki hatinya.
  • Anda seorang yg kelakar.
  • Mengetahui serba serbi.


Harapan Suami Buat Isteri



  • Menghormati suami sepenuhnya
  • Mampu mengawal emosi
  • Menghargai peribadi suami
  • Boleh berdikari
  • Menjadikan suami lebih baik
  • Isteri yg cerdas
  • Baik dgn teman dan keluarganya
  • Sedap dipandang
  • Mencintai sepenuh hati
  • Sentiasa memenuhi permintaan suami

Friday, November 19, 2010

Berhenti Sebelum Perang Meletus



1- Gunakan pendekatan dilpomasi
2- Redakan situasi
3- Jaga mulut atau kata2 anda
4- Lakukan sesuatu yg istimewa
5- Pujukan mampu membaiki hubungan

Tips Menghargai Klien & Rakan Sekerja



1- Berpakaian rapi.
2- Sentiasa positif & mempamerkan wajah yg ceria.
3- Tidak memilih rakan2 dlm 1 pasukan.
4- Terbuka dgn idea2 baru.
5- Menepati masa.
6- Lebih banyak mendengar daripada berbicara.
7- Tidak terlibat dalam politik pejabat & bergosip.

Thursday, November 18, 2010

Agar Konflik Tidak Berpanjangan

Hubungan antara Menantu & Mertua

1- Komunikasi yg baik
2- Penyesuaian diri
3- Kesepakatan
4- Keterbukaan hati
5- Perbezaan adalah aset utk memperkaya kehidupan
6- Selesaikan masalah bersama
7- Beri perhatian

Monday, November 15, 2010

Fahami Wanita


  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana nak menerima pujian itu.
  • Jika anda tidak suka dgn gadis yg menyukai anda separuh mati, tolak cintanya dgn lembut. Jgn berkasar, kerana dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasratnya.
  • Jika seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda kerana anda tolak cintanya, biarkan dia seketika. JIka anda masih ingin berkawan dengannya, tegurlah perlahan2.
  • Wanita suka meluahkan pada yg mereka rasa.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Friday, October 22, 2010

Fahami Wanita

  • Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air matanya, bermakna dia sedang menangis di dalam hati.
  • Bila wanita tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia waktu untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar mencari benda yg dibenci pd org yg disayangi, sebab itu ramai wanita patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.
  • Jika wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa di fikirannya walaupun ketika dia keluar dgn lelaki lain.
  • Bila lelaki yg disukai dan dicintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.

Monday, October 11, 2010

Tanda-tanda Jatuh Cinta


  1. Sentiasa tak sabar menanti hari esok uintuk bertemu si dia.
  2. Hati berdebar2 apabila bertentangan mata dengannya.
  3. Tidak pernah berkira dengan si dia termasuklah soal wang.
  4. Sentiasa cuba untuk mendapat perhatian si dia.
  5. Berbaik2 dengan teman2nya.
  6. Ambil hati keluarganya.
  7. Menjaga perlakuan apabila berada di hadapan si dia.
  8. Susah untuk kata "Tidak" pada si dia.
  9. Menjaga hatinya sebaik mungkin.
  10. Penat tidak pernah menjadi halangan untuk bertemu.

Wednesday, October 6, 2010

Tips Eratkan Hubungan Adik Beradik



  • Setiap minggu lakukan aktiviti bersama2 seperti mencuci kereta, kemas rumah dan sebagainya.
  • Andai ada masalah kongsikan bersama kakak, abang atau adik anda.
  • Sentiasa ingat pada adik beradik ketika anda makan dan kalau perlu bawa balik makanan untuknya.
  • Hari2 istimewa kakak, abang atau adik anda jangan sesekali dilupakan.
  • Apabila cuti panjang, rancanglah 1 percutian bersama ahli keluarga.
  • Anda ada perselisihan faham, berbincanglah cara baik.
  • Sentiasa bertolak ansur dan tolong menolong.
  • Jangan ada perasaan dengki atau tidak puas hati andai ibu bapa anda memberikan kasih sayang lebih kepada adik, kakak atau abang anda. Percayalah kasih sayang ibu bapa sentiasa adil.

Wednesday, September 29, 2010

Tanda-tanda Jatuh Cinta


  1. Anda sentiasa tahu apa menu sarapan si dia setiap pagi.
  2. Anda tidak akan biar dia dalam kesunyian.
  3. Setiap kali dia bersedih anda seperti dapat merasakannya.
  4. Risau apabila si dia berdiam atau merajuk.
  5. Sentiasa cuba untuk buat si dia ketawa.
  6. Menanggung kesusahan bersama2nya.
  7. Tahu setiap kesukaan si dia.
  8. Apabila marah, mudah reda apabila bersama si dia.
  9. Sentiasa menyimpul senyuman.
  10. Mudah terasa atau sensitif walaupun dia hanya bergurau.

Monday, June 28, 2010

Selasa - 6 Julai 2010

Panduan Berkomunikasi dengan Anak

  • Jangan timbulkan rasa prejudis terhadap anak.
  • Sentiasa mewujudkan suasana anak boleh mempercayai kita dan kita juga mempercayainya.
  • Beri galakkan dan ransangan.
  • Jangan menuduh dan meyumpah dengan perkataan negatif seperti jahat, degil, bodoh dan lain2.
  • Wujudkan rasa selamat, tenteram dan disayangi.
  • Segala nasihat dan teguran yg diberikan mestilah yg membina dan yang tidak menjatuhkan maruah anak itu.
  • Teguran atau pujian mestilah diarahkan kepada perbuatannya dan bukan personalitinya.
  • Ibu bapa dan penjaga juga mesti menjadi contoh teladan.

Thursday, June 24, 2010

Selasa - 29 Jun 2010

Panduan Berkomunikasi dengan Anak

  • Apabila bercakap dengan anak, tentukan anak melihat mata kita dan kita melihat mata anak tak kiralah berapa pun usianya. Amalkan dari usianya kecil lagi.
  • Air muka dan gerak geri yg digunakan mestilah mewujudkan suasana tenteram, selamat dan disayangi.
  • Perkataan yg digunakan hanya dengan tujuan untuk menyampaikan rasa sayang, meningkatkan silaturahim, melafazkan kesyukuran dan menyampaikan ilmu.
  • Perkataan2 yg menjatuhkan air mukanya akan menyebabkan mereka berasa tidak selamat dan tidak disayangi hingga mengakibatkan mereka berasa marah atau terancam. Elakkannya.
  • Beri peluang anak bercakap dan apabila dia bercakap, kita mestilah mendengar dengan penuh ceria dan empati.

Friday, June 11, 2010

Selasa - 22 Jun 2010

Tips Agar Suami Kembali Mencintai

  1. Pandai menghias diri - Ketika mahu keluar bekerja, bukan main cantik berhias diri, tapi bagaimana pula keadaannya ketika berada di rumah? Pastikan penampilan anda sesedap mata memandang hingga dia jatuh cinta dan tidak memandang orang lain.
  2. Kemas bilik tidur - Suasana bilik tidur yang sentiasa kemas dan sedap mata memandang dengan wangian segar dapat membangkitkan rasa nyaman dan selesa, sekaligus tempat yang sangat sesuai untuk suami dan isteri berkongsi cerita dan berbicara.
  3. Sentiasa bersikap aktif, agresif dan bijak - Seorang suami itu gemar jika isterinya bijak, aktif dan agresif dalam menguruskan rumah tangga anda. Pastinya si suami tidak malu dan merasa bangga hingga menyebabkan cintanya semakin mendalam.
  4. Bersikap sopan - Jangan sesekali menunjukkan sikap kasar pada suami.
  5. Beri pujian - Berikan pujian atas kehebatan suami. Bagaimanapun, jika suami kurang hebat, jangan pula mencelanya. Dengan cara baik, beritahu tentang kekurangannya dan beri cadangan untuk mengatasinya.

Monday, June 7, 2010

Selasa - 8 Jun 2010

10 Tanda Kekasih Anda Milik Orang

  1. Tidak memandang tepat ke wajah anda apabila berbual kerana si dia mungkin takut pembohongannya dikesan.
  2. Ketika anda dan si dia sedang berjalan2 dengan matanya melilau2 memerhatikan sekeliling. Ini mungkin kerana si dia khuatir akan terserempak dengan rakan2 atau saudara-mara kekasih atau isterinya.
  3. Si dia jarang mengajak anda makan di tempat orang ramai.
  4. Si dia sukar untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya. Dia mungkin menggunakan 2 atau lebih daripada 1 talian telefon.
  5. Anda tidak pernah tahu di mana dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya.
  6. Si dia yang telah berpunya juga tidak pernah atau tidak akan mengajak anda ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya.
  7. Pengetahuannya tentang wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdamping dengan ramai wanita.
  8. Bila telefonnya berbunyi, si dia akan beredar agak jauh dari anda kerana bimbang perbualannya akan anda dengari.
  9. Tahap kegatalannya juga agak melampau kerana dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya yang terdahulu dari anda. Sering saja dia cuba mengambil kesempatan ke atas diri anda dalam diam.
  10. Sukar hendak berjumpa dengannya kerana dia ada komitmen lain. Anda terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan jika nak keluar berdating.

Wednesday, January 20, 2010

Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?
Segala2nya menerusi hati!

  • Jangan resah dan gelisah - Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
  • Jangan sedih dan berasa derita - Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada Tuhan.
  • Jangan lemah dan malas - Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.
  • Jangan banyak berhutang - Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
  • Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung pada keredaan mereka.
Rasulullah SAW mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada 5 perkara tersebut ;

"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada rasa gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang."

Tuesday, January 19, 2010

Selemah2 manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari ~ Saidina Ali RA

Saidina Umar Al-Khattab RA berkata, "Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya... Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti akan menyertainya.. Sesiap yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya akan terjaga".

Orang yang suka berkata jujur akan mendapat 3 hal - kepercayaan, cinta dan rasa hormat ~ Saidina Ali RA.

Akal merupakan tempat berfikir pemberian Allah yagn paling berharga kepada manusia. Akallah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Menurut agama, jika tidak berfungsinya akal akan meyebabkan akal manusia itu beku dan tidak berfungsi dengan baik.

Abu Laith As-Samarqandy meriwayatkan dari Anas, Rasulullah SAW bersabda;
6 perkara ini, aku menjamin masuk syurga jika kamu menerimanya;

  • Jika berkata2 jangan bohong.
  • Jika berjanji jangan dimungkiri.
  • JIka diberikan kepercayaan jangan khianat.
  • Peliharalah mata dari hal2 yang haram.
  • Jagalaj kemaluan, janagan melakukan zina.
  • Peliharalah tangan jangan mengambil suatu yang haram.

Thursday, January 7, 2010

Kata Fudhai bin Iyad, ada 5 tanda kebahagiaan seseorang, iaitu;

  • Keyakinan dalam hati
  • Warak dalam beragama
  • Zuhud terhadap dunia
  • Malu jika melakukan maksiat
  • Takut kepada Allah
Manakala ada 5 tanda kecelakaan seseorang itu, iaitu;
  • Keras hati (tidak menerima nasihat & teguran)
  • Tidak mempunyai perasaan kasih sayang
  • Tidak merasa malu jika melanggar hukum Allah
  • Tamak dengan dunia
  • Panjang angan2

Tidak ada kebaikan bagi perbicaraan kecuali dengan amalan,
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawan,
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan,
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali dengan niat yang ikhlas,
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali dengan kesihatan dan keamanan...
-Al-Ahnaf bin Qais-

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...