Friday, October 22, 2010

Fahami Wanita

  • Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air matanya, bermakna dia sedang menangis di dalam hati.
  • Bila wanita tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia waktu untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar mencari benda yg dibenci pd org yg disayangi, sebab itu ramai wanita patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.
  • Jika wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa di fikirannya walaupun ketika dia keluar dgn lelaki lain.
  • Bila lelaki yg disukai dan dicintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.

Monday, October 11, 2010

Tanda-tanda Jatuh Cinta


  1. Sentiasa tak sabar menanti hari esok uintuk bertemu si dia.
  2. Hati berdebar2 apabila bertentangan mata dengannya.
  3. Tidak pernah berkira dengan si dia termasuklah soal wang.
  4. Sentiasa cuba untuk mendapat perhatian si dia.
  5. Berbaik2 dengan teman2nya.
  6. Ambil hati keluarganya.
  7. Menjaga perlakuan apabila berada di hadapan si dia.
  8. Susah untuk kata "Tidak" pada si dia.
  9. Menjaga hatinya sebaik mungkin.
  10. Penat tidak pernah menjadi halangan untuk bertemu.

Wednesday, October 6, 2010

Tips Eratkan Hubungan Adik Beradik



  • Setiap minggu lakukan aktiviti bersama2 seperti mencuci kereta, kemas rumah dan sebagainya.
  • Andai ada masalah kongsikan bersama kakak, abang atau adik anda.
  • Sentiasa ingat pada adik beradik ketika anda makan dan kalau perlu bawa balik makanan untuknya.
  • Hari2 istimewa kakak, abang atau adik anda jangan sesekali dilupakan.
  • Apabila cuti panjang, rancanglah 1 percutian bersama ahli keluarga.
  • Anda ada perselisihan faham, berbincanglah cara baik.
  • Sentiasa bertolak ansur dan tolong menolong.
  • Jangan ada perasaan dengki atau tidak puas hati andai ibu bapa anda memberikan kasih sayang lebih kepada adik, kakak atau abang anda. Percayalah kasih sayang ibu bapa sentiasa adil.