Monday, June 28, 2010

Selasa - 6 Julai 2010

Panduan Berkomunikasi dengan Anak

  • Jangan timbulkan rasa prejudis terhadap anak.
  • Sentiasa mewujudkan suasana anak boleh mempercayai kita dan kita juga mempercayainya.
  • Beri galakkan dan ransangan.
  • Jangan menuduh dan meyumpah dengan perkataan negatif seperti jahat, degil, bodoh dan lain2.
  • Wujudkan rasa selamat, tenteram dan disayangi.
  • Segala nasihat dan teguran yg diberikan mestilah yg membina dan yang tidak menjatuhkan maruah anak itu.
  • Teguran atau pujian mestilah diarahkan kepada perbuatannya dan bukan personalitinya.
  • Ibu bapa dan penjaga juga mesti menjadi contoh teladan.

Thursday, June 24, 2010

Selasa - 29 Jun 2010

Panduan Berkomunikasi dengan Anak

  • Apabila bercakap dengan anak, tentukan anak melihat mata kita dan kita melihat mata anak tak kiralah berapa pun usianya. Amalkan dari usianya kecil lagi.
  • Air muka dan gerak geri yg digunakan mestilah mewujudkan suasana tenteram, selamat dan disayangi.
  • Perkataan yg digunakan hanya dengan tujuan untuk menyampaikan rasa sayang, meningkatkan silaturahim, melafazkan kesyukuran dan menyampaikan ilmu.
  • Perkataan2 yg menjatuhkan air mukanya akan menyebabkan mereka berasa tidak selamat dan tidak disayangi hingga mengakibatkan mereka berasa marah atau terancam. Elakkannya.
  • Beri peluang anak bercakap dan apabila dia bercakap, kita mestilah mendengar dengan penuh ceria dan empati.

Friday, June 11, 2010

Selasa - 22 Jun 2010

Tips Agar Suami Kembali Mencintai

  1. Pandai menghias diri - Ketika mahu keluar bekerja, bukan main cantik berhias diri, tapi bagaimana pula keadaannya ketika berada di rumah? Pastikan penampilan anda sesedap mata memandang hingga dia jatuh cinta dan tidak memandang orang lain.
  2. Kemas bilik tidur - Suasana bilik tidur yang sentiasa kemas dan sedap mata memandang dengan wangian segar dapat membangkitkan rasa nyaman dan selesa, sekaligus tempat yang sangat sesuai untuk suami dan isteri berkongsi cerita dan berbicara.
  3. Sentiasa bersikap aktif, agresif dan bijak - Seorang suami itu gemar jika isterinya bijak, aktif dan agresif dalam menguruskan rumah tangga anda. Pastinya si suami tidak malu dan merasa bangga hingga menyebabkan cintanya semakin mendalam.
  4. Bersikap sopan - Jangan sesekali menunjukkan sikap kasar pada suami.
  5. Beri pujian - Berikan pujian atas kehebatan suami. Bagaimanapun, jika suami kurang hebat, jangan pula mencelanya. Dengan cara baik, beritahu tentang kekurangannya dan beri cadangan untuk mengatasinya.

Monday, June 7, 2010

Selasa - 8 Jun 2010

10 Tanda Kekasih Anda Milik Orang

  1. Tidak memandang tepat ke wajah anda apabila berbual kerana si dia mungkin takut pembohongannya dikesan.
  2. Ketika anda dan si dia sedang berjalan2 dengan matanya melilau2 memerhatikan sekeliling. Ini mungkin kerana si dia khuatir akan terserempak dengan rakan2 atau saudara-mara kekasih atau isterinya.
  3. Si dia jarang mengajak anda makan di tempat orang ramai.
  4. Si dia sukar untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya. Dia mungkin menggunakan 2 atau lebih daripada 1 talian telefon.
  5. Anda tidak pernah tahu di mana dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya.
  6. Si dia yang telah berpunya juga tidak pernah atau tidak akan mengajak anda ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya.
  7. Pengetahuannya tentang wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdamping dengan ramai wanita.
  8. Bila telefonnya berbunyi, si dia akan beredar agak jauh dari anda kerana bimbang perbualannya akan anda dengari.
  9. Tahap kegatalannya juga agak melampau kerana dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya yang terdahulu dari anda. Sering saja dia cuba mengambil kesempatan ke atas diri anda dalam diam.
  10. Sukar hendak berjumpa dengannya kerana dia ada komitmen lain. Anda terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan jika nak keluar berdating.